tabs

 photo 1_zps98eac22b.png photo 2_zps16fb33f1.png photo 3_zps396c9711.png

Tuesday, November 26, 2013

bayi, anugerah istimewa

assalamualaikum...
waahhhhh sekarang cik sue jarang gila maw update blog ni kan....*padahal di rumah berjam2 masa free* so i think, maybe aku patut update blog la daripada buang masa mengkhayal n tngo benda yang xda faedahnya...

well today, aku terasa sangat nak kongsi pasal baby...u know..baby...bkn baby yg baby booooo tu...(bf, hubby n seangkatannya)....tp pasal bayi atau anak...


ak tak tau la...tapi aku rasa aku suka gila dengan baby...tp aku tak tunjuk sgtlah...baby ni semuanya comellll...bila dorang buka mata then senyum...ketawa...arghhhh..geram okay !
cuma bila dorang da start maw menangis n merengek n mengada, tu yg aku lemah...-_-...ak respect gila dekat org yg byk anak n dia sendiri jga n besarkan baby2 dia tu....salute mummy2 d dunia ! sebab tu dalam islam, wanita ini sungguh mulia...lahirkan anak sahaja boleh mencuci dosa lampau kita...Allahualam.. 



anak ni adalah kurniaan Allah buat setiap pasangan. mereka sebagai penyeri, pelengkap sebuah keluarga, dan org yg akan meletakkan org tuanya di syurga kelak. 

haaahhh...nak kongsi cket kt bawah ni psl baby dlm kndungan....ak cedok pun dr stu laman...*lupa plak*...tp ak rsa fkta2 ni comel semacam...Allahualam....benar ka tidak..xtaula...tp jum tengok fakta2 psl baby:

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel .

betul ataupun tidak fakta2 kat atas tu, bayi tetap indah kerana mereka adalah anugerah yang istimewa daripada Allah kepada hamba-hambaNya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...