assalamualaikum.
skrg ni bru pkul 7:49 AM pd 27hb Jan 2012.
mata sgt mengantuk td. plan2 maw tido blik lps Subuh. tp, xmawla. xbgus. lari rezeki nnti.:)
oleh itu, sy pn online sejala. mlwt cik belogg syg :)
SAYA SYG IBU SAYA :)
mmg sy syg mama sy sbb dia tlh mmbwa sy ke dunia ini. sbnrnya, sy terlintas utk menaip ttg entri ini krna teringat akan seorang teman. seorang insan yg merasakan dirinya tlh kekurangan kasihnya ibu kandung.
ibu adlh insan yg telah menjaga kita di dalam kandungannya. betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk membawa kita melihat dunia yg nyata ini. jangan sedi jika kita tidak dibesarkan oleh ibu sendiri. beliau mungkin menyimpan sebab yg munasabah. segala kejadian pasti ada hikmahnya. Tuhan itu kan Maha Mengetahui. Dia lebih tahu akan semuanya.
walau apa pun sebabnya, janganlah kita lupa mendoakan ibu yang telah melahirkan kita. 9 bulan bukan tempoh yg singkat buat si ibu untuk mengandungkan anaknya. kasihnya telah memberi peluang untuk anaknya membesar & keluar dengan selamatnya ke dunia realiti ini. sejahat mana si ibu, jangan sekali kita membenci mereka. bencilah dengan kejahatan mereka bkn dengan jasad mereka. JANGAN LAH sesekali membenci n menyakiti hati org tuamu gara-gara keinginanmu tidak dipenuhi. saat hati mu panas membakar, carilah air yang bisa memadamkan api kemarahan mu. jika masih marak, sujudlah pada Tuhanmu. sesungguhnya Dia adlh tempat yg terbaik untuk mengadu. ingatlah jasanya menjagamu, mengandungkanmu malah melahirkanmu. bandingkan dengan jasamu pada orang tuamu, sudah dapat menyamai jasanya?
SAYA SYG IBU SAYA :)
sy mmg syg sbb mama sy ttp mencuba utk memenuhi permintaan anak-anaknya.
ma, minta duit.
ma, belikan ak bju baru
ma, bayarkan ni. ak xda duit.
ma, bank in kan ak.
mmg slalu ingin dipenuhi. klu x dpt, muka masam.
bla dpt, hepi gila. kdg2 lupa ckp TERIMA KASI. bla mahu duit, bru mencari. ginika membalas jasa org tua?
ak akui, kdg2 ak juga sebegitu. lupa daratan.
kata belajar, mahu membalas jasa org tua. tp belajar pn, masi menyusahkan. mahu tunggu bila baru kita membalas jasa? huh.
mahu tunggu keja dahulu ka? sbb alasannya, skrg duit xcukup lg. mahu tanggung hidup sendiri dulu.
eh, masa ak minta duit kat mama, pernah ak tanya, mama ada duit ka ni nanti? ok ka klu ak minta duit?
huh. mmg ak manusia lupa daratan.
wahai cik belog sygg. makanya, doalah kepadaNya.
doakan kesejahteraan mereka, org tuamu.
tahukah doamu boleh membawa mereka ke syurga. maka doakan mereka.
mintalah kepada Tuhan agar melindungi org tua kita, memberi kesihatan yg baik-baik buat mereka, murahkan rezeki, tempatkan mereka di syurgaNya.
lalu, kau pasti akan slalu ingat akan org tuamu. tiada hari untuk kau melupakannya bila setiap hari kita mendoakan mereka. insyaAllah.
sy mmg syg mama sy. baba sy pn sy syg. Alhamdulillah. :)
No comments:
Post a Comment